Pages

Monday 14 March 2011

Cuti2 Malaysia ... cerita pasal makanan di Tawau

Bulan 3 ni byk berjalan2... tapi dlm Malaysia je...

1-3 hb haritu pergi Tawau, Sabah. Saje berjalan jumpa kawan baik. Kat sana best makan seafood. Murah sangat nak banding harga seafood kat Semenanjung Malaysia. Ikan2 kat sana ada yg mcm tak pernah jumpa... nak namakan pon tak ingat... tapi mmg sedap la mkn2 kat sana... kena dgn tekak naga.

Antara makanan yg glemer kat sana ialah nasi lalap. Nasi lalap ni macam nasi ayam penyet Indonesia. Hidangan nasi lalap ada ayam goreng tepung mcm ayam kfc (1 hidangan dapat 2 ketul),sambal cili, tempe goreng, kuah sup kosong & ulaman seperti daun kobis, timun dan kacang panjang. Harganya sangat berpatutan.... lebih kurang separuh harga snack plate kfc. Ada ambil gambar tapi ada problem lak nak upload kat sini... sapa tak pernah dengar atau tengok macam mana rupa nasi lalap, inilah rupanya...(di ambil dari carian google):


Minuman yang kira glemer di Tawau ialah ais teler. Bunyinya agak pelik kan. Ais teler ni macam ais batu campur (ABC) tapi ada bahan tambahan iaitu tapai ubi dan potongan roti. Rasanya agak pelik bagi yg tak pernah cuba... tapi ok kalau suka makan tapai. Inilah lebih kurang rupanya ais teler di Tawau ...(di ambil dari carian google):

No comments:

Post a Comment